MAKHLUK PEMAKAN MAYAT DI LANCHANG PAHANG

MAKHLUK PEMAKAN MAYAT DI LANCHANG PAHANG

 

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah..

Jumpa lagi kita ya. Kali ni kisah ini berdasarkan kisah aku sendiri. Waktu tu aku masih berumur 7 tahun. Nak dimulakan cerita pada satu hari aku dan adik lelaki aku ni seronok sangat main basikal. Waktu tu tengah hari, abah pulak merupakan Guru Besar di salah sebuah sekolah rendah di Lanchang, Pahang. Masih lagi berlaku di kawasan yang sama cuma kali ni sedikit berbeza.


Waktu tu abah berada di pejabat, manakala kami seronok bermain basikal di dalam kawasan sekolah. Masa tu rumah guru masih versi classic papan. Maklumlah tahun 90-an. Hutan pun masih lebat lagi dan ada kawasan pokok getah. Sepanjang jalan dari rumah ke sekolah deretan pokok besar sebiji sebiji. Pokok tu berjarak antara satu sama lain. Tak silap pokok tu biasa ada di highway. Memang besar dan ada biji macam pokok pine.


Kami punye seronok main basikal sampai tak ingat dunia. Cuaca dah masuk senja dan dah mula gelap, jadi kami berdua bercadang nak pulang ke rumah. Adik laki aku waktu tu berada di hadapan aku, tiba-tiba aku nampak burung-burung berterbangan keluar dari pokok-pokok tu. Bunyi seakan berat kedengaran dan aku cuba toleh kebelakang. Aku terkejut mahkluk tu besar seakan manusia, telinganya tajam serta bersayap. 


Gambaran seperti di atas


Masa tu aku dapat rasa makhluk tu cuba mendekati kami. Aku menjerit kat adik aku suruh kayuh cepat-cepat. Adik aku terpinga-pinga. Aku pun kayuh dengan laju sampai kat rumah aku terjerit-jerit lagi kat mak untuk buka pintu. Nasib kami sempat masuk rumah azan maghrib pun berkumandang. (Pengajaran : Jangan main-main waktu maghrib ye anak-anak)


Masa tu jantung aku berdenyut kencang. Mata aku terbeliak. Bila aku ingatkan semula, dari jauh makhluk tu badannya berwarna hijau dan sangat besar. Body dia pun sado ya amat. Mak tanya apa yang terjadi. Aku tak dapat nak ceritakan sebab waktu tu aku masih kecil, so aku diamkan jelah. Sampailah aku darjah 3 aku mula tanya mak dan mak ceritakan apa sebenarnya makhluk tu. Sebab kebetulan mak rajin beli buku Mastika. Jadi kat situ dia tau dh apa yang aku alami waktu kejadian tu.


Mak ada juga cerita, dia ada juga dengar dari mulut-mulut orang kampung di situ. Katanya kat belakang sekolah tu memang kawasan perkuburan. Jadi ada kubur yang digali dan dalamnya kosong. Siapakah yang mencuri mayat tu? Adakah makhluk yang cuba mengejar aku waktu tu? Aku nak cerita pun dh mula meremang. So tak payah la cerita panjang-panjang ye.


Makhluk ni memang wujud cuma kita sebagai manusia jangan leka dengan tipu daya mereka. Kuatkan semangat dan ingat Allah swt sentiasa ada disisi kita.

Wallahu alam.. Jumpa lagi di next entri ya. Banyak lagi nak share ni..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MISTERI PAHLAWAN MELAYU, BADAN BERSINAR DAN BERTAPA DI ATAS POHON JATI

POKOK BUNGA SAKURA JEPUN DI MELAKA