MISTERI PAHLAWAN MELAYU, BADAN BERSINAR DAN BERTAPA DI ATAS POHON JATI

MISTERI PAHLAWAN MELAYU, BADAN BERSINAR DAN BERTAPA DI ATAS POHON JATI





Gambar Hiasan
Kredit : Harian Metro


Kisah ini diceritakan sendiri oleh abah. Beliau merupakan Guru Besar di salah sebuah sekolah di Lanchang Pahang. Ketika itu aku baru je masuk darjah 1. Kata abah nak ambil udara di luar dan berjalan-jalan di kawasan sekolah. Rumah kami tidak jauh dari sekolah tu. Terdapat beberapa pohon besar disepanjang jalan dari pintu gerbang ke sekolah melalui rumah kayu kami sehingga ke sekolah. Abah kata ada beberapa pohon jati yang agak tua di pintu pagar utama sekolah tu. Bila senja pun menjelma, waktu tu abah baru je nak bergerak pulang, dia memerhati dari jauh di hujung pintu pagar sekolah tu nampak macam seakan bercahaya dan ada kelibat seseorang tapi pakaiannya agak berbeza. Dia sedang duduk di atas kayu jati yang telah ditebang seakan sedang bertapa.


Abah rasa pelik namun dengan sedikit keberanian, abah cuba juga menghampiri susuk tubuh itu. Sampai je abah di situ, dia agak terkejut apabila kelibat itu cuba mewujudkan dirinya sebagai pahlawan melayu dalam era zaman Tok Gajah, Mat Kilau atau Hang Tuah, bertanjak serta memegang sebilah keris. Malah ia berkilau seakan emas. Pahlawan itu memandang tepat ke arah abah dengan pandangan yang amat tajam tanpa sepatah kata. Abah tergamam lalu cuba untuk pergi tanpa menoleh ke belakang. Waktu tu abah fikir ada baiknya dia pulang ke rumah sahaja sebelum apa-apa  terjadi.


Keesokan harinya, ayah cuba meneka siapakah gerangan yang ditemuinya semalam. Adakah penunggu pohon jati tersebut adalah bekas penduduk di situ pada zaman dahulu, adakah bunian yang merupa? atau jin kafir/ Islam ? atau mungkin penunggu keris pusaka yang dimiliki abah. Semua ini mungkin menjadi tanda tanya. Bercakap tentang keris pusaka abah. Suatu perkara misteri ada berlaku dalam keluarga kami. Nanti saya akan ceritakan di dalam entri seterusnya ya. Jangan lupa follow dan komen jika perkara sebegini pernah berlaku pada anda semua.

                                                                        بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

    قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ. مَلِكِ ٱلنَّاسِ. إِلَٰهِ ٱلنَّاسِ. مِن شَرِّ ٱلْوَسْوَاسِ ٱلْخَنَّاسِ. ٱلَّذِى يُوَسْوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ. مِنَ ٱلْجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ

Katakanlah: Aku berlindung kepada Tuhan manusia, Raja manusia, Tuhan manusia, Daripada kejahatan bisikan syaitan yang bersembunyi, Yang membisikkan ke dalam dada manusia, Daripada jin dan manusia.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MAKHLUK PEMAKAN MAYAT DI LANCHANG PAHANG

POKOK BUNGA SAKURA JEPUN DI MELAKA