POKOK BUNGA SAKURA JEPUN DI MELAKA

POKOK BUNGA SAKURA DI SEPANJANG JALAN LEBUH RAYA AMJ MELAKA


Assalamualaikum wbt, hari ini aku nak ceritakan sikit lah pasal apa yang menarik di sepanjang lebuh AMJ, Melaka. Apa yang membuatkan hati aku berbunga2 bila nampak banyak kelopak bunga bersepah di atas jalan raya. Cantik plak tu berwarna-warni. Mata aku ni asyik tak berkerdip je melihat banyak pokok spesis Sakura ni kat bahu-bahu jalan di Melaka. Cantik ye.. Waktu tu rasanya macam betul-betul bukan kat Malaysia tau. Dah macam masuk ke Jepun. Hehehehehe.. 

Bunga tu seakan pintu gerbang buat aku lah sebab pokoknya ditanam sederet dan jarak-jarak. Ada yang warna pink. warna putih, purple, even biru pun ada tau.



Bunga-bunga Sakura di lebuh AMJ Melaka


Setiap bulan Feb-Mac sahaja akan ada bunga-bunga yang bertaburan di atas jalan di sepanjang jalan raya di Melaka ni. Alahai dah macam dalam drama Jepun pula. Kami pun tertanya-tanya, bila masa mereka sempat tanam pokok ni? Bagus juga idea Menteri Besar Melaka sebab berjaya mencantikkan dan mengindahkan jalan di sekitar Melaka ni. Takdelah dok tenat tengok semak je. Walau bagaimanapun sepanjang tahun, pokok ini tetap berbunga tau.


Jadi tak hairan la pemandangan sekitar Melaka nampak menarik dan rasa seakan berada betul-betul di negara Jepun. So, kalau ada yang rasa nak duduk kat Korea bolehlah bertandang ke Melaka ni. Jangan lupa set kat Planner korang ye. alau nak tahu perjalanan dari Kajang ke Simpang Ampat Melaka hanya mengambil masa kurang 2 jam je. Dari simpang Ampat Alor Gajah tu akan jumpa Kelemak, Sg Petai, Rembia, Paya Rumput, Cheng, Malim dan ke Bandar Hilir. Rancang la awal-awal perjalanan korang supaya tak tersesat dan tersangkut masa ke Melaka nanti. 

Ok, selamat melancong ya gais!!

Jumpa di entri akan datang tau. Jangan lupa support. Chiao!

Ulasan

  1. waaa ya btul. bkn sng nk dpt bunga jepun korea nih. hihihi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MISTERI PAHLAWAN MELAYU, BADAN BERSINAR DAN BERTAPA DI ATAS POHON JATI

MAKHLUK PEMAKAN MAYAT DI LANCHANG PAHANG