HANTU TINGGI DI KAMPUNG PARIT PERAK?

Hantu Tinggi di Kampung Parit Perak?



Assalamualaikum wbt.. Hi gais, jumpa lagi kita dalam entri aku yang tak seberapa ni. Kali ni aku nak buat entri tentang misteri pasal keris ayah aku tempoh hari. Korang jangan la seram baca cerita aku ni. Tapi yang aku share ni memang real tau dan aku hadap sendiri.


Aku nak cerita sikit cerita zaman kanak-kanak aku mungkin darjah 4 atau 5 cmtu lah. Nak dijadikan cerita perkara ni berlaku kat aku sendiri. Kebetulan masa tu semua family aku kena join gi rombongan kawin sepupu rapat belah arwah ayah aku. Bakal isterinya orang Perak. Kami seluruh keluarga diberi tumpang tidur di teratak seberang rumah pengantin perempuan. Akad nikah tu berlangsung pada sebelah petangnya. 

Setelah sampai ke destinasi, kami dihidangkan juadah yang sedap-sedap. Memang aku makan bertambah waktu tu, badan aku jangan cakaplah memang debab hahahahaha. Selepas kami menikmati juadah, waktu pun dah senja. Masa tu aku nak balik ke rumah tumpangan tu. Adik beradik dan sepupu sepapat aku dah selamat tinggalkan aku jauh ke belakang. Waku tu aku sorang-sorang je ler, sambil berjalan menuju ke rumah tu aku rasa ada rasa ada benda tak kena. 

Tiba-tiba tanah lapang yang luas tu jadi sunyi dan tiada angin. Aku sorang je kat situ. Aku pandang kiri dan kanan sepanjang jalan tu memang hutan dan belukar je tiada perumahan lain. Rumah tumpangan tu jauh nun dari pandangan mata aku. Mata aku tiba-tiba pandang tepat ke atas, aku nampak macam ada dua cahaya tapi aku tak rasa itu bintang sebab kenapa bintang warna merah? Aku gosok mata aku dan sekali lagi tengok benda alah tu. Tiba-tiba dua titik merah selari tu berkelip. Aku apa lagi lari lintang pukang la sambil jerit " Hantu Tinggi! Hantu Tinggi!". ( Ni kes sebb mak aku rajin cerita bentuk hantu2 yang dia tau)



Ilustrasi diambil dari google (Gambaran penulis)


Haa rumah tumpangan tu lebih kurang macam ni la. Ada telaga lama pulak tu kat belah bawah. Soram den. Rumah ni agak lama juga la, tapi dalam dia kemas. Kami tidur kat rumah tu pun tidur kat ruang tengah je sebab ramai dan kat luar pintu tingkap semua dibiarkan terbuka walaupun waktu malam hari sebab panas agaknya. Semua dok berhimpit dahla aircond takde. Biasalah bukan rumah homestay kan. Tak mcm skrg, macam-macam jenis homestay ada. 

So yang pihak lelaki termasuk lah pengantin lelaki kenalah tidur kat beranda, tapi best apa angin kt luar tu lagi sejuk dari aircond. Kat dalam dahla panas pastu himpit macam pack ikan sardin dalam tin. Hehe..

Ok sambung balik cerita aku lari lintang pukang tadi. Masa tu mak aku dok marah cakap senja-senja dok jerit hantu hantu kau dah kenapa? Aku pun diam seribu bahasa tak berani nak cerita apa kat mak. Kebetulan malam lepas maghrib tu, adik bongsu aku demam pulak. Umur dia baru je setahun jagung. Dok merengek-rengek sebab badan panas. Kenapa tiba-tiba boleh demam panas sedangkan adik dengan mak ok je sepanjang masa. Pelik dan suspicious plak aku rasa.


Malam makin larut so tiba lah masa untuk tidur, tiba-tiba aku terjaga tengok jam kat dinding baru pukul 3 pagi. Aku tengok mak aku terjaga dok mengelap badan adik aku yg panas tu. Pastu aku dengar ada orang mandi pagi-pagi buta. Aku tanya mak, mak suruh aku diam pastu suruh aku tidur je. Aikkk..lagi aku suspicious. Oleh kerana mak tak bagi aku bersuara so esok jelah aku tanya mak.

Part ni paling tak masuk akal. Esok pagi tu, time subuh-subuh lagi aku terjaga sebab dengar bunyi riuh rendah. Aku tanya mak kenapa? Ada hal apa? Aku dengarlah perbualan sepupu aku. Dia cakap dia dengan pengapit tidur kat pokok pisang pagi tadi. Aku terus bingkas bangun tengok apa yang berlaku. Betul-betul sepupu aku elok je duduk kat pokok pisang tu. Siapa pulak yang rajin dok angkat diorang padahal sepupu aku tu askar, dah tentu badan dia sado. Haaa sudah, macam mana boleh terlepas ke situ? Creepy betul lah. Aku dah rasa tak sedap badan dah duduk kat rumah tu lama-lama. Tapi syukur jugaklah sbb kami semua dah boleh gerak balik dalam tengah hari tu jugak. Alhamdulillah.. lagi lama duk situ lagi aku stress dengan entiti yang suka menyakat orang ni. Adui.. 

Sesudah kami sampai di Pahang, aku cerita kat mak apa yg aku nampak. Mak aku macam speechless lah kan. So aku explain la kat mak aku entiti tu macam mana. Korang tengok entiti tu sebiji macam dalam gambar kat bawah cuma dia gelap. Tapi takdenya nak pakai baju tuxedo bagai. Tu oversea punye hantu. Aku ada jugak buat kajian sikit, jenis hantu tinggi ni ada tiga tau. Satu yang mcm dalam gambar tu, satu yang tangan dan kaki panjang dan satu lagi jenis labah-labah dan berkepak (ni anak buah aku si Aisyah yang hijab dia terbuka dok explain kat aku plak, tapi ada cerita plak tentang jin spesis ni yang berlaku lagi kat aku dgn si aisyah ni.. jeng jeng jeng).  



Ilustrasi / Gambar Sekadar Hiasan


Masalahnya macam mana sepupu tu boleh ada kt pokok tu dan abah ada cakap yang dia ada bagi sepupu pinjam keris pusaka untuk peraga time kawin alah sebagai aksesori jela tapi abah cakap itu sebagai penjaga. Takkan la penjaga yang angkat kan. Atau jin yang tak puas hati dan rasa panas dengan keris tu dok letak diorg kat luar tu ha.. aduhai. 


Mak pula cerita yang mandi kat telaga pagi-pagi buta tu mungkin Saka keturunan atau penunggu tuan rumah yang kami tumpang bermalam tu. Wallahualam... Apa2 pun hanya Allah swt sahaja yg Maha Mengetahui dan dialah sebaik-baik pelindung. Banyakkan lah berzikir dan berdoa agar kita semua dilindungi Maha Pencipta.

Jumpa di entri seterusnya ok. Jangan cepat jemu baca cerita kita ni tau. Chiao!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MISTERI PAHLAWAN MELAYU, BADAN BERSINAR DAN BERTAPA DI ATAS POHON JATI

MAKHLUK PEMAKAN MAYAT DI LANCHANG PAHANG

POKOK BUNGA SAKURA JEPUN DI MELAKA