Catatan

MISTERI PAHLAWAN MELAYU, BADAN BERSINAR DAN BERTAPA DI ATAS POHON JATI

Imej
MISTERI PAHLAWAN MELAYU, BADAN BERSINAR DAN BERTAPA DI ATAS POHON JATI Gambar Hiasan Kredit : Harian Metro Kisah ini diceritakan sendiri oleh abah. Beliau merupakan Guru Besar di salah sebuah sekolah di Lanchang Pahang. Ketika itu aku baru je masuk darjah 1. Kata abah nak ambil udara di luar dan berjalan-jalan di kawasan sekolah. Rumah kami tidak jauh dari sekolah tu. Terdapat beberapa pohon besar disepanjang jalan dari pintu gerbang ke sekolah melalui rumah kayu kami sehingga ke sekolah. Abah kata ada beberapa pohon jati yang agak tua di pintu pagar utama sekolah tu. Bila senja pun menjelma, waktu tu abah baru je nak bergerak pulang, dia memerhati dari jauh di hujung pintu pagar sekolah tu nampak macam seakan bercahaya dan ada kelibat seseorang tapi pakaiannya agak berbeza. Dia sedang duduk di atas kayu jati yang telah ditebang seakan sedang bertapa. Abah rasa pelik namun dengan sedikit keberanian, abah cuba juga menghampiri susuk tubuh itu. Sampai je abah di situ, dia agak terkejut a...

MAKHLUK PEMAKAN MAYAT DI LANCHANG PAHANG

Imej
MAKHLUK PEMAKAN MAYAT DI LANCHANG PAHANG   Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah.. Jumpa lagi kita ya. Kali ni k isah ini berdasarkan kisah aku sendiri. Waktu tu aku masih berumur 7 tahun. Nak dimulakan cerita pada satu hari aku dan adik lelaki aku ni seronok sangat main basikal. Waktu tu tengah hari, abah pulak merupakan Guru Besar di salah sebuah sekolah rendah di Lanchang, Pahang. Masih lagi berlaku di kawasan yang sama cuma kali ni sedikit berbeza. Waktu tu abah berada di pejabat, manakala kami seronok bermain basikal di dalam kawasan sekolah. Masa tu rumah guru masih versi classic papan. Maklumlah tahun 90-an. Hutan pun masih lebat lagi dan ada kawasan pokok getah. Sepanjang jalan dari rumah ke sekolah deretan pokok besar sebiji sebiji. Pokok tu berjarak antara satu sama lain. Tak silap pokok tu biasa ada di highway. Memang besar dan ada biji macam pokok pine. Kami punye seronok main basikal sampai tak ingat dunia. Cuaca dah masuk senja dan dah mula gelap, jadi kami berdua be...

HANTU TINGGI DI KAMPUNG PARIT PERAK?

Imej
Hantu Tinggi di Kampung Parit Perak? Assalamualaikum wbt.. Hi gais, jumpa lagi kita dalam entri aku yang tak seberapa ni. Kali ni aku nak buat entri tentang misteri pasal keris ayah aku tempoh hari. Korang jangan la seram baca cerita aku ni. Tapi yang aku share ni memang real tau dan aku hadap sendiri. Aku nak cerita sikit cerita zaman kanak-kanak aku mungkin darjah 4 atau 5 cmtu lah. Nak dijadikan cerita perkara ni berlaku kat aku sendiri. Kebetulan masa tu semua family aku kena join gi rombongan kawin sepupu rapat belah arwah ayah aku. Bakal isterinya orang Perak. Kami seluruh keluarga diberi tumpang tidur di teratak seberang rumah pengantin perempuan. Akad nikah tu berlangsung pada sebelah petangnya.  Setelah sampai ke destinasi, kami dihidangkan juadah yang sedap-sedap. Memang aku makan bertambah waktu tu, badan aku jangan cakaplah memang debab hahahahaha. Selepas kami menikmati juadah, waktu pun dah senja. Masa tu aku nak balik ke rumah tumpangan tu. Adik beradik dan sepupu se...

POKOK BUNGA SAKURA JEPUN DI MELAKA

Imej
POKOK BUNGA SAKURA DI SEPANJANG JALAN LEBUH RAYA AMJ MELAKA Assalamualaikum wbt, hari ini aku nak ceritakan sikit lah pasal apa yang menarik di sepanjang lebuh AMJ, Melaka. Apa yang membuatkan hati aku berbunga2 bila nampak banyak kelopak bunga bersepah di atas jalan raya. Cantik plak tu berwarna-warni. Mata aku ni asyik tak berkerdip je melihat banyak pokok spesis Sakura ni kat bahu-bahu jalan di Melaka. Cantik ye.. Waktu tu rasanya macam betul-betul bukan kat Malaysia tau. Dah macam masuk ke Jepun. Hehehehehe..  Bunga tu seakan pintu gerbang buat aku lah sebab pokoknya ditanam sederet dan jarak-jarak. Ada yang warna pink. warna putih, purple, even biru pun ada tau. Bunga-bunga Sakura di lebuh AMJ Melaka Setiap bulan Feb-Mac sahaja akan ada bunga-bunga yang bertaburan di atas jalan di sepanjang jalan raya di Melaka ni. Alahai dah macam dalam drama Jepun pula. Kami pun tertanya-tanya, bila masa mereka sempat tanam pokok ni? Bagus juga idea Menteri Besar Melaka sebab berjaya...